Assalamualaikum Pembaca yang Budiman,
Terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan kepada MajlisImpian.com selama ini.
Saya berasa sangat gembira kerana dapat membantu anda merancang majlis perkahwinan dan saya juga turut terharu kerana eBook ini menjadi antara eBook perkahwinan yang mencatatkan jualan tertinggi pada setiap bulan di Malaysia.
**Mendapat liputan media (Berita Harian) pada 8 Mei 2009:
Namun saya terpaksa menutup jualan eBook Majlis Perkahwinan Impian, setelah saya membuat keputusan untuk bersara daripada industri ini (industri perkahwinan di Malaysia).
Walaupun begitu, ini tidak bermakna yang saya akan terus berhenti daripada meneruskan perniagaan secara online. Untuk makluman anda, saya bakal mengeluarkan beberapa produk baru yang turut HOT! seperti MajlisImpian.com di masa akan datang.
Sekiranya anda berminat untuk bekerjasama dengan saya dalam produk keluaran terbaru syarikat kami, sila masukkan nama dan email anda di ruangan yang disediakan, supaya saya dapat menghubungi anda apabila produk tersebut dilancarkan.