Team MajlisImpian.com
Team MajlisImpian.com merupakan gabungan tenaga sepasang suami isteri, Amalia Ruslan dan Azri Rasyidi. Tercetusnya idea untuk menghasilkan laman web MajlisImpian.com apabila mereka mendapat inspirasi daripada pengalaman merancang majlis perkahwinan sendiri. Secara kebetulan, mereka berdua sama-sama meminati bidang perundingan perkahwinan. Dari situlah timbulnya perasaan ingin berkongsi pengalaman menguruskan majlis perkahwinan dengan orang lain.
Bagi mencapai hasrat tersebut, segala usaha dan pengalaman yang telah dilalui, didokumentasikan ke dalam sebuah buku yang dapat dijadikan panduan oleh semua pasangan yang bakal bergelar pengantin.
Amalia Ruslan
Dilahirkan di Batu Pahat, Johor. Mendapat pendidikan awal di Kolej Islam Sultan Alam Syah (KISAS), Selangor. Melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dalam jurusan pendidikan (Pengajian Islam).
Memperoleh ijazah sarjana muda dengan kepujian kelas pertama. Selain cemerlang dalam bidang akademik, beliau juga turut bergiat aktif dalam bidang ko kurikulum. Berpengalaman menguruskan kelab dan persatuan. Pernah mengendalikan pelbagai jenis majlis berprotokol serta menganjurkan pelbagai khidmat pendidikan dan masyarakat di peringkat universiti.
Antara anugerah yang pernah diperoleh ialah, Anugerah Dekan (2000-2004), Anugerah Canselor (2004) dan Anugerah Piala Emas Wanita UMNO (2004). Artikel mengenai kejayaan beliau pernah disiarkan di Utusan
Setelah tamat pengajian, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang perniagaan. Dan kini, beliau merupakan usahawan muda yang menjalankan perniagaan daripada rumah dan turut bertugas sebagai suri rumah tangga sepenuh masa.
Atas komitmennya terhadap perniagaan internet, beliau pernah menghadiri seminar yang dikendalikan oleh Irfan Khairi – Jutawan Internet
Azri Rasyidi

Azri Rasyidi merupakan pasangan hidup kepada Amalia Ruslan. Berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan salah seorang Old Boys dari Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Beliau memperoleh ijazah sarjana muda (kepujian) dan sarjana (penyelidikan) daripada Universiti Teknologi Malaysia dalam jurusan Kejuruteraan Awam (Pengurusan Alam Sekitar).
Ironinya, beliau turut aktif dalam kegiatan persatuan pelajar dan menyandang jawatan dalam Majlsi Tertinggi (MT) di peringkat kolej. Di samping itu, beliau turut berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan menyertai syarikat MLM terkemuka. Berpegang pada prinsip untuk menjadi seorang yang serba-boleh, beliau tidak teragak-agak untuk melibatkan diri dalam pelbagai bidang akademik dan sosial. Pengalaman inilah yang telah menjadikan beliau lebih mahir dalam selok belok perhubungan awam (public relationship) dan digunakan untuk meneraju pemasaran MajlisImpian.com secara online dan offline.
Kini beliau bertugas sebagai tutor di UTM dan akan melanjutkan pelajaran ke peringkat phD dalam masa terdekat.
















