Resipi Kek Coklat yg Tersedap di Malaysia :)

Thursday, September 11, 2008 8:38
Posted in category Ilmu Rumahtangga

 

 

 

kek-coklat.jpg

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda, satu resipi kek coklat lembap yang paaaaaaaaling sedap yang pernah saya cuba. Sebenarnya, sebelum ni saya dah cubabuat banyak resipi : memandangkan suami saya ter-sangat lah suka makan kek coklat. Sebagai isteri yg solehah (hihi..), saya pun tak pernah berputus asa, cuba-mencuba dan mencuba.

Akhirnya, berkat kesabaran itu, maka saya telah dijumpakan oleh Allah swt dengan resipi ini. Alhamdulillah…Tak lupa juga terima kasih kepada fendy75 yang telah berkongsi resipi ini dengan kami semua.

Bahan-bahan untuk resipi ini sgt simple (hampir semua bahan boleh dijumpai di dapur anda) , cara buatnya pun senang dan yang penting.. rasanya memang sedap! Bukan saya saje, tapi ramai kawan-kawan (termasuk kawan-kawan dari Arab, Sudan & Pakistan) turut memuji keenakannya.

Mempersembahkan…

:) Kek Coklat Lembap yg Tersedap di Malaysia

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok…taruk je atas kek yg dah sejuk

Sumber resipi: fendy75@myresipi.com

Idea: Anda boleh cuba resipi ini, samada untuk juadah berbuka puasa atau sebagai salah satu santapan untuk tetamu di hari raya nanti. Atau jika anda mahu menambah pendapatan sampingan, anda boleh buat bisnes kek menggunakan resipi ini. Selain itu, ia juga boleh dijadikan kek hantaran dan turut boleh dijadikan hadiah istimewa untuk suami/isteri anda.

Selamat Mencuba!

Yang berpuasa,
:) Amalia Ruslan

Bookmark Artikel Ini:
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Google
  • Technorati
  • Yahoo! Buzz
You can leave a response, or trackback from your own site.

60 Responses to “Resipi Kek Coklat yg Tersedap di Malaysia :)”

  1. oktant says:

    September 18th, 2008 at 8:35 am

    Memang favorite kek coklat nie. :-)

  2. cute says:

    October 27th, 2008 at 4:21 pm

    eh saya pon baru belajar wat kek cekolat guna resepi yg sama yg saya dari internet. ni ha tengah kukus kek cekolat gak….try cara baru dpt dari internet.

    hehe …… sejak dah pandai wat kek cekolat ni rasa lengkap diri sebagai istri dan ibu mithali sbb hubby n ank2 tersaaaaangaaaaat suka kek ku itu, siap topping cekolat bersalut badam cincang dan cekolat rice.

    hubby kata jimat wat sendiri n lebih moist. tambah sayang kat saya kata ank2 n hubby hihi sukanyaaaaa

  3. Amalia says:

    October 28th, 2008 at 2:43 pm

    cute > kek coklat kukus? resipi baru ni..kalau sedap, meh la share kat sini :)

  4. nak tra wat jugak..^-^ says:

    October 29th, 2008 at 5:16 pm

    salam nana amalia..nak tanya kan..kalo bakar guna oven tu nak guna api atas ke bawah..atau guna kedua2 nya skali…

  5. Amalia says:

    November 4th, 2008 at 2:37 am

    Gunalah kedua2nya sekali,
    Mudah mudahan menjadi,
    Kalau dah jadi jangan lupa kami,
    Jemputlah datang rumah kami lagi.

    :)

  6. nak tra wat jugak..^-^ says:

    November 5th, 2008 at 6:53 am

    :D tq..cepat sembuh yer..

  7. iris says:

    March 6th, 2009 at 11:04 am

    thanks coz sudi kongsi resepi kek yg sedap ne..i dah cuba, mmg sedap..kawan,jiran n hubby sumernya puji..kalah secret resepi..thanks skali lagi..

  8. sarimah says:

    March 19th, 2009 at 1:30 pm

    kali pertama jupa resipi ni rasa nak cuba tapi tak tau bila

  9. sarimah says:

    March 19th, 2009 at 1:33 pm

    kali pertama jumpa resipi ni rasa nak cuba tapi tak tau bila. Adik dah cuba mmmmm memang sedapppppppppppp

  10. sarimah says:

    March 19th, 2009 at 1:33 pm

    kali pertama jumpa resipi ni rasa nak cuba tapi tak tau bila.

  11. Lia says:

    March 23rd, 2009 at 12:20 am

    salam..teringin nak buat kek ni .Saya nak tanya…gula pasir tu yang halus atau granulated sugar? terima kasih.

  12. Amalia says:

    March 24th, 2009 at 5:38 pm

    guna gula kasar yg biasa je :P

  13. koala says:

    April 9th, 2009 at 8:09 am

    hola..
    nk tanye, kalau 1 cawan minyak masak misalnya..
    cawan mcm mane yg kite kene guna?. cawan yg selalu buat minum teh tu ke?

  14. Amalia says:

    April 9th, 2009 at 2:38 pm

    A’ah, betul…biasanya kita guna cawan minum teh. Tapi formula yang saya selalu guna, kalau sukat gula pakai cawan jenis A, sukat tepung pun pakai cawan yang jenis A jugak.

    So, tak kisah lah guna cawan jenis apa pun. Cawan minum teh ke..mug ke..Yang penting, sukatannya semua sama.

  15. shaliza says:

    April 21st, 2009 at 9:52 am

    salam amalia kalau guna gula kasar tu nak kena kisar dulu ke

  16. Amalia says:

    April 21st, 2009 at 11:27 am

    Tak, biasanya saya terus kisar semuanya dalam mixture bersama2 dengan bahan-bahan yang lain

  17. nies says:

    April 28th, 2009 at 12:14 am

    salam amalia..klu minyak masak tue minyak jagung ke leh gak kan?
    klu dlm adunan tue campur skali ngan kekacang mcm badam ngan kismis menjadi x keknya? 20cm tue per?saiz dulang ke? klu gula pasir ngan gula perang tue ape beza dia ek?klu ganti ngan 2 cawan gula kasar biasa boleh ke??

    *Yang bertanya,: budak baru belajar,klu salah tlg betulkan.:-)

  18. Amalia says:

    April 28th, 2009 at 12:58 pm

    Minyak jagung? Hmm..boleh kot. Tapi, rasanya mungkin berbeza sikit. Tapi, yang saya tahu, minyak tumbuhan ni tak baik untuk kesihatan jika ia dipanaskan dalam suhu yang tinggi. Kalau nak selamat, ikut cakap cikgu, gunakan minyak masak :P
    Adunan kek ini memang dah sedia berat, almaklumlah, kek lembap..Dibimbangi kalau ada bahan2 tu, kek boleh bantat. Tapi tak salah kalau nak cuba kan. Kalau sedap, share lah pengalaman dengan kita kat sini :)
    20cm tu saiz diameter loyang yang digunakan.

    gula pasir warnanya putih, gula perang warnanya perang. Biasanya gula perang ni memang tak dopek nak diganti dgn gula kasar la dik. Rasanya memang berbeza.

  19. ina says:

    May 8th, 2009 at 2:14 pm

    nk share gk resepi..ini dia..tadaa..

    kek coklat kukuih (bahasa kedah kukus disebut kukuih)

    bahan2
    1 cawan minyak masak
    1 1/2 cawan gula pasir
    1 tin susu cair
    2 biji telur gred A
    2 1/2 cawan tepung gandum
    1/2 cawan serbuk koko
    1 sudu serbuk penaik
    1 sudu soda bikarbonat

    caranya:-
    1.pukul 1 cawan minyak+1 1/2 cwn gula pasir.
    2.pukul berasingan 1 tin susu cair+2 biji telur gred A.
    3.ayak 2 1/2 cawan tepung gandum+1/2 cawan serbuk koko+1 sudu serbuk penaik+1 sudu soda bikarbonat.
    4.gaul semua sekali sampai sebati.
    5.kukus selama 45 minit.

    Resepi ni akak kt opis tu bg.dia ckp sedap.slalunya apa je dia masak smua sdp.tp xpenah try lg resepi nih.klu sapa2 nk cuba bleh aja.bgtau la sedap ke x.

  20. Amalia says:

    May 8th, 2009 at 2:16 pm

    mak aii..bau macam sedap je..
    mesti cuba ni!

    thanks ina :)

  21. Yongnana says:

    June 1st, 2009 at 5:19 pm

    amalia..sy dh cuba dh kek ni..mmg sedap.sebenarnya baru 1st time try wat kek, x sangka plak menjadi..tp serius,memaaangggg sedaaappp..rugi tak cuba.=)

  22. sliza says:

    July 6th, 2009 at 10:28 am

    assalamualikum amalia i pun sabtu baru ingat nak buat. tapi jumpa resipi u ni dah lama lah sangat. memang sedap tak di nafikan. kalau buat untuk menjual kek ni memang puas hati la. i ubah minyak ke butter sbb butter banyak dlm fridge tu. terimakasih kongsi resepi ni. memang mencari resipi yg mudah dan sedap.

  23. herry says:

    July 7th, 2009 at 9:46 pm

    saya ni lelaki tapi minat dlm membuat kek,memasak..jangan hiran saya lelaki tapi bukan ponda,saya akan cuba membuat kek yg dalam wab ini…sebab saya minat saya coba…nak jadi chef……

  24. ct says:

    July 9th, 2009 at 3:23 pm

    fuh….da try da. mmg sedap gilerrr..thnx amalia coz sudi share resepi kek yg sedap ni.. try wat mase bday hubby 3rd july ri2..

  25. suami soleh says:

    July 10th, 2009 at 5:09 pm

    kenapa la cik akak bagi resepi ini…sedap memang sedap……tapi aku yang pening,coz hari hari kena beli bahan bahannye,anak aku sukaaaaaaaaaaaaaa sangattttttttttt kuih ni…klu x makan nanti merajuk terusssss…pening pening………….

  26. Sheila says:

    July 24th, 2009 at 2:27 pm

    Ada lg senang. Tepung kek Coklat Moist. Semua dh siap cuma perlu tambah 250gm butter/marjerin, 4 biji telur & 3/4 cawan air ais. Bakar 45 minit/Kukus 1 jam. Bila kek dah sejuk boleh salut dgn ganache yg hanya perlu dimasak dgn 1 cawan air. salutlah kek dan hias ikut kreativiti.
    Call/sms:013-349 2878

  27. intan suhayza says:

    August 26th, 2009 at 8:59 pm

    tinggalkanlah lagi banyak resepi kek-kek ye..nanti,bolehlah sye buat banyak kek lagi…sebernanya tahun ni saya upsr..tp hbis upsr je boleh sye buat kek..jual ke..

  28. lin says:

    September 5th, 2009 at 10:40 am

    klu kukus boole ker??

  29. zurien says:

    September 19th, 2009 at 10:36 am

    ni 1st time nak cuba buat kek bi… harap2 menjadi la erk.. nnt kalu dah menjadi sy mask dlm ni k.. thanks alot..

  30. syam says:

    September 27th, 2009 at 3:45 pm

    maaf sy tumpang kempen sikit. untuk maxis sj , topup just rm5 di no sy ni0177847616, u all akan dpt balik dlm sminggu rm 10. insya Allah korang akan dpt, sbab sy hanya mencuba. jika ada apa2 masalah duit itu akan dikembalikan.JANGAN RISAU SAYA X MAKAN DUIT HARAM .CUMA TULAH SY KALAU LAGI BANYAK ORANG YANG TOPUP DI NO SY .LAGI BANYAK KORANG DAPAT. SO TOLONG LAH KEMPEN KAT ORANG LAIN SAMA

  31. nurul says:

    October 1st, 2009 at 7:31 pm

    salam kak…
    nak tanya…
    kalo kek ni kukus je bleh x?

  32. wanikz says:

    October 6th, 2009 at 10:03 pm

    salam kak…

    nak tanya?tpg yg digunakan tpg gandum biasa je ker? mcmana kalu guna tepung kek ? kena tambah baking powder lg ker?

  33. hana says:

    October 22nd, 2009 at 12:09 pm

    Salam.

    Amalia, hana dah cuba resepi you dan memang kek ni memang best.
    Bahan-bahannya sangat simple dan methodnya pun simple juga.
    Thank you for sharing k.May Allah blessed you.

  34. sara says:

    October 23rd, 2009 at 10:22 pm

    kak,tulumla atr resipi kak kat email sy..sy sgt suka kek nie…plez…

  35. reyhana says:

    October 28th, 2009 at 5:58 am

    sy da wat kek ni td .. mmg sedapp ahhh .. tlupe diri kejap.. heee! tq!!

  36. hapeejah says:

    October 29th, 2009 at 1:24 am

    kalo x masukkn nescafe blh x sbb sy xmkn nescafe..

  37. hapeejah says:

    October 29th, 2009 at 1:26 am

    pastu lg 1 nk tnya.. suhu bp lau bakar dlm oven.. pastu lg 1 np sy wat kek selalu xmenjadi…hehe

  38. mam sha says:

    October 29th, 2009 at 2:26 pm

    teringin pulak nak cuba ….npak sedap

  39. reyhana says:

    November 1st, 2009 at 6:23 pm

    hapeejah sy nk reply kan bleh ??
    hahaha

    sy masukkn nescafe .. tp x rase pape pon.. x de hal la klu x masuk kn ponn.. y pntng rase coklat .. nyummmiesss . dia tulis kat situ 170 dgree . ok je sy wat,, 1st tym wat kek trus jd .. sedap hingga menjilat ibu jari kaki laah.. hahaha

    selamat mencubeee !~

  40. lin says:

    November 3rd, 2009 at 9:26 am

    saye dah buat kek ni.. memang malatopp.. sedap giler.. thanks pd tuan punye resipi.. tapi nak tanye gak la, agak2 adunan ni leh kukus takk??

  41. putrinatasya says:

    November 3rd, 2009 at 10:46 am

    this chocolate kek taste good.i love it .thanks for give me the recipe.i hope they can give more recipe 4 cake

  42. Hana says:

    November 5th, 2009 at 3:19 pm

    Salam.
    Amalia,resepi kek amalia nie memang x memberatkan sesiapa yg teringin nak mencuba.
    Semalam saya teringin sangat nak buat lagi tapi xde gula perang dan susu segar coklat pun xde.Jadi saya gunakan 2 cawan gula pasir saja dan utk gantikkan susu segar coklat,saya bancuh air coklat sendiri(koko+susu pekat manis +air panas).Hasilnya…wow..sedap betul!!
    Terima kasih sekali lagi yea.

  43. azimah Ismail says:

    November 6th, 2009 at 2:02 pm

    pernah belajar(kelas berbayar) buat moist kek, tapi…x segebus resepi ni…kawan2 tempat tugas minta resepi…..saya bagi 5 bintang .TQ

  44. fxgal says:

    November 8th, 2009 at 4:12 pm

    salam semua.saya baru try buat kek coklat nih, dan saya tak kukus, tapi saya bakar. siap topping coklat + badam hancur dan coklat rice..ermmm..lazatttttt tul..terima kasih atas resepi tersebut.

  45. hapeejah says:

    November 10th, 2009 at 5:03 pm

    untuk reyhana..
    awk buat terus menjadi ker? sy sbnrnye tkut nk cuba sbb wat kek sblum ni ask xmenjadi jer…hehe

  46. reyhana says:

    November 15th, 2009 at 3:07 am

    ye hapeejah . sy wat kek 1styme trus jadik ;) teruskn mencube hapeejah ~

  47. kak nor says:

    November 24th, 2009 at 9:21 am

    saya nak try…saya nie suka mencuba

  48. fatihah azahan says:

    November 25th, 2009 at 2:52 pm

    thanks sis coz give me this recipe.. hope you more success…

  49. Izah says:

    December 1st, 2009 at 10:18 am

    Semoga Allah memberikan pahala yang besar utkmu sbb berlapang dada memberikan resepi yang sedap ini…mmg ikhlas sungguh hatimu…terima kasih sekali lagi. Setiap orang yang mencuba resepi ini dirimu mendapat pahala yang besar, anda betul2 mempraktikkan “ilmu itu untuk disebar sebarkan”..tahniah

  50. shira n azri..love says:

    December 8th, 2009 at 2:42 pm

    x tahan jugak ek…sedap jugak…delicious…

  51. kak nurul says:

    December 23rd, 2009 at 10:50 am

    assalamualaikum amalina ! akak nak tanya darimana adik belajar kata minyak tumbuhan tak baik untuk kesihatan, akak nak bagitahu minyak jagung atau minyak kelapa sawit lah yang terbaik untuk kesihatan kalau kek coklat adik adik menggunakan minyak jagung bertambah sedap lah kek adik tu dan bertambah baiklah kesihatan adik, tapi minyak jagung tu mahal lah sikit, demi kesihatan tak apakan.

  52. k.wan says:

    December 23rd, 2009 at 3:42 pm

    best jgk boleh buat utk besday anak ni tak yah ssh nak cr kat kedai

  53. mam sha says:

    January 7th, 2010 at 2:54 pm

    nak try la sebab senang buat n paling penting sedappppp

  54. nadia says:

    January 9th, 2010 at 12:36 am

    nak tanya skit….topping dia tu “1/2 cawan koko van hauten” serbuk koko ker atau cooking chocolate?

  55. Anonymous says:

    January 15th, 2010 at 12:20 pm

  56. Anonymous says:

    January 20th, 2010 at 1:29 am

  57. Anonymous says:

    January 27th, 2010 at 3:26 am

  58. ryanna says:

    January 28th, 2010 at 5:22 pm

    sya mmg pengemar kek..kalo jumpa resepi terbaru mesti try punya…resepi diatas ni mesti nak try punya nampak macam sedap jg pas tu x guna byk bahan.first time jumpa resepi kek lembab x guna butter….

  59. Anonymous says:

    February 8th, 2010 at 12:23 am

  60. Anonymous says:

    February 9th, 2010 at 7:27 am

Leave a Reply

Bad Behavior has blocked 89 access attempts in the last 7 days.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin