Bilik Pengantin Yang “Simple, but Nice”(Bhg 1)

Friday, August 1, 2008 10:42
Posted in category Persiapan Majlis Perkahwinan

Menjadi trend masakini, para pengantin lebih suka menghias bilik pengantin dengan design yang “simple but nice“. Rekaan bilik seperti ini biasanya lebih praktikal (boleh digunakan untuk hari-hari biasa) dan boleh dihias sendiri menggunakan sentuhan peribadi.

Pada hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda satu idea menghias bilik pengantin. Apa yang kita mahukan ialah, bilik pengantin yang selesa, cozy, ekslusif dan ada elemen romantik. Saya akan gunakan gambar di bawah sebagai panduan, tetapi kita akan ubah sedikit supaya ia sesuai untuk dijadikan bilik pengantin.

luxury-bedroom-with-labels-copy.jpg

  1. Pilih katil yang simple (tiada tiang-tiang dan penghalang di bahagian kaki)
  2. Pilih cadar dan duvet berwarna putih atau krim (sebaik-baiknya 100 % cotton). Utamakan keselesaan semasa membuat pilihan kerana anda tidak mahu melalui malam pertama yang menyeksakan.
  3. Anda perlukan 4 biji bantal (2 bantal dengan warna yang sama dengan cadar, mananakala 2 lagi bantal dengan sarung berwarna kontras) *Peringatan:Selepas kahwin, anda tidak perlu lagi bantal guling
  4. Cat dinding mengikut warna kesukaan anda, tetapi pastikan ia sesuai dengan warna duvet yang anda beli dan mempunyai unsur lembut (tidak terlalu terang atau gelap).
  5. Gantungkan satu frame gambar di dinding atas kepala katil. Untuk design ini, kita tidak letakkan gambar potret, tetapi kita pilih gambar yang mempunyai unsur ketenangan dan romantis. (Contoh seperti bunga atau corak abstrak berbentuk love dll.)
  6. Letakkan 2 meja kecil di kedua-dua bahagian sisi katil. Hiaskan meja tersebut dengan bunga segar yang diletakkan di dalam pasu kaca. (Anda juga boleh gunakan bunga palsu yang kelihatan seakan-akan bunga segar. Letakkannya dalam pasu yang lutsinar dan berisi air supaya ia nampak lebih “real”) Selain bunga, anda boleh hiaskan ia dengan potpuri, lilin wangi atau teddy bear.
  7. Pencahayaan juga penting. Gunakan lampu meja atau lampu katil yang bercahaya kuning dan boleh dimalapkan untuk memberikan efek ekslusif dan romantis.

romantic-bedroom-pic1-rosepetals.jpg Tambahan:

Hiaskan katil dengan kelopak bunga ros mengikut citarasa anda.

Susun bantal mengikut kesesuaian bilik tidur anda. Cara pertama ialah menyembunyikan 2 bantal di bawah duvet, dan mempamerkan 2 lagi di atasnya (seperti gambar atas). Atau anda boleh susun 2 bantal besar (didirikan) di atas duvet dan susun 2 @ 4 kusyen berwarna di hadapannya.

Pastikan bilik anda sentiasa wangi. Gunakan aromaterapi untuk menghasilkan mood yang tenang dan romantik.

Bilik anda akan bertambah ‘cozy’ jika mempunyai pendingan hawa di dalamnya.

bersambung..

p.s: InsyaAllah, dalam post akan datang, saya akan bincangkan pemilihan langsir dan susunan perabot-perabot lain di dalam bilik pengantin. Jumpa lagi!

Bookmark Artikel Ini:
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Google
  • Technorati
  • Yahoo! Buzz
You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses to “Bilik Pengantin Yang “Simple, but Nice”(Bhg 1)”

  1. Bridal bedroom tips « A new chapter of my life… says:

    March 18th, 2009 at 10:42 pm

    [...] Credit to Blog MajlisImpian.com » Bilik Pengantin Yang “Simple, but Nice”(Bhg 1) [...]

  2. Piza says:

    March 20th, 2009 at 2:34 pm

    Thanks for the excellent tips eh! :)

  3. s_wani says:

    April 27th, 2009 at 4:31 pm

    haah sekarang bilik pengantin seme trend simple2.. no need renda2 sangat.. tp saya ske gambar2 kat atas nie.. leh practice nnt. hehe… tq!

  4. cmah says:

    August 6th, 2009 at 1:52 pm

    saya nak kawin tapi saya x tau clr pe nak cat kat dalam bilik saya n nak match dengan set cadar warna purple.saya memang minat dengan clr purple…saya x tau.tolong saya boleh x?leh sent example pic bilik pengantin yang clr purple kat saya.saya buntulah….

  5. miya says:

    December 24th, 2009 at 3:10 pm

    saya bercadang utk dekor sendiri bilik penganti saya.masalah saya ialah feature wall saya berwarna ungu gelap. saya tidak mahu menggunakan renda2 dan sebagainya.apa yg perlu saya buat.adakah perlu utk saya cat semula dinding di bahagian kepala katil ini?

  6. Anonymous says:

    January 17th, 2010 at 12:14 pm

  7. Anonymous says:

    January 20th, 2010 at 12:58 am

  8. Anonymous says:

    January 26th, 2010 at 1:53 am

  9. lina says:

    January 30th, 2010 at 9:03 am

    simple tapi menarik hati saya.nampak luas tapi meriah dengan warna yang lembut

  10. electric fireplace insert says:

    February 5th, 2010 at 11:25 am

    Very helpful post. Very clear commentary and suggested phrasing are most impressive, as are his and your generosity in sharing this explanation and example. I would also encourage everyone to bookmark this page to your favourite service to help spread the word. Thanks.

  11. Anonymous says:

    February 8th, 2010 at 4:20 pm

Leave a Reply

Bad Behavior has blocked 89 access attempts in the last 7 days.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin