Gubahan Hantaran Meroon, Gold dan Krim

Thursday, April 9, 2009 2:42
Posted in category Persiapan Majlis Pertunangan

Assalamualaikum kawan-kawan,

Apa khabar semua? Lama sungguh kita tidak berjumpa ye.

Alhamdulillah…AKHIRNYA! Pada hari ini, saya dapat juga menulis sebuah post di blog ini. Sudah lama saya mengidam untuk mencoretkan sesuatu di sini. Tetapi, terlalu banyak mehnah dan tribulasi yang perlu ditempuhi. hmmm.. macam pantun 3 kerat pulak ye :)

Tapi, itu semua sudah tidak penting lagi! Hari ini saya ingin terus maju ke hadapan dan sangat teruja untuk  berkongsi beberapa hasil kerja yang telah berjaya kami siapkan baru-baru ini.

Hantaran kali ini adalah untuk majlis pertunangan Mohd (my bro) & Aida. Konsep keseluruhan hantaran adalah etnik moden, bertemakan warna meroon, gold & krim. Kesemuanya ada 7 dulang, dan saya akan ceritakan perincian satu persatu di bawah ini:

1. Tepak Sirih

Seperti yang anda dapat lihat, tepak ini bukanlah tepak sirih yang betul. Saya telah menggantikannya dengan bakul yang diperbuat daripada mengkuang, memandangkan konsep asal kami; etnik moden (haha..yg sebenarnya, memang tak dapat jumpa tepak yang betul).

Tapi, jangan risau..daun sirih masih ori-, bunga yang berada di atas daun pun juga ori-. Manakala yang lain tu (gambir, kapur & pinang) beli yang dah siap digubah sahaja. Penuh dengan gam - so, plzz jangan makan :P

Untuk tepak sirih nya, saya tinggikan sedikit dengan meletakkan extra polistrin di bawahnya. Adakalanya saya fikir yang ia agak ter-lebih tinggi. Tapi, kelebihannya ialah jurai-jurai berlian palsu di sekeliling tepak itu dapat menonjolkan keunikan dirinya.

2. Cincin Pertunangan

Konsep dulang cincin pula agak berbeza dengan dulang-dulang yang lain. Almaklumlah, dulang yang paling menjadi tumpuan dalam setiap majlis pertunangan.

Antara yang ketara ialah, dulang ini akan diterangi dengan cahaya lilin (yang diletakkan dalam 2 gelas). Kemudian, saya turut menyelitkan beberapa kuntuman bunga satin kecil bewarna meroon di celah-celah bunga dulang ini.

Cincin pula, saya pastikan kedudukan  berliannya, betul-betul berada di tengah-tengah bunga ros yang terdapat dalam kotak harta karun tersebut. Antara ciri-ciri yang saya titik beratkan ialah:

  • Mudah diambil. Dibimbangi mak saya menggeletar sewaktu nak menyarungkan cincin ke jari bakal menantu. hehe..
  • Selamat. Mak saya dapat ambil cincin itu, tanpa membakar jarinya dek lilin yang sedang menyala di sekeliling kotak itu. :)

Alhamdulillah..semuanyaberjalan dengan lancar. Tiada insiden yang tidak diingini semasa acara menyarungkan cincin.

3. Duit Hantaran

Mengikut adat orang johor, sewaktu pertunangan, pihak lelaki akan memberikan “clue” kepada pihak perempuan tentang jumlah wang hantaran yang akan diberikan sewaktu majlis perkahwinan nanti.

Duit kertas yang ada telah digubah menjadi bunga lily oleh salah seorang mak sedara kami. (psst..mula2 ingatkan nak buat bunga ros, sekali jadi lily daa..) Itu den boleh accept lagi. Takpe..takpe..Tapi, bila tang letak bunga-bunga kecik di mulut balang kaca ni, den memang tak puas hati betul!!

Tapi tak pe laa..baik mengalah je. Tak baik berkelahi dgn org tua, kan :)

4. Baju Pernikahan & Telekung

Inilah dulang yang paling padat sekali, yang telah kami isi. Yelah, dulangnya ada 7 je kan. Kalau tambah 1 lagi kang, menangis pulak pihak perempuan. Janji 7, datangnya 8..takke bengang dibuatnya.

Tapi kami tak buatlah perkara-perkara menggenapkan jumlah dulang ni, pantang tok nenek moyang. hehe..

Sumbat pun sumbatlah..asalkan yang empunya badan dapat menerima barang-barang hadiah ini. Btw, baju itu adalah baju untuk pernikahan dan sebelahnya adalah telekung untuk…… laa! untuk solatlah :)

Untuk dulang ini, kami gunakan kotak mengkuang yang mempunyai penutup fleksibel. Boleh dilipat supaya menjadi bentuk kepala katil.

Jika anda pernah lihat gubahan saya sebelum ini, kalau anda perasan, yang saya tak akan gubah telekung menjadi kipas atau teko dan sebagainya. Cara saya simple sahaja, lipat cantik-cantik. Susun molek-molek. InsyaAllah kain tu akan sampai dalam keadaan baik kepada tuannya dan dapat mengelakkanya daripada  rosak.

5. Manisan (chocolate & cheese tart)

Ini adalah dulang manisan yang pertama. Manisan yang terdiri daripada halwa orang zaman sekarang. Ferrero Rocher & cheese tart perisa strawberry..(yummy! :)

Dulang ini adalah dulang yang paling sukar untuk dibawa. Memandangkan kesemua coklat berkemungkinan untuk berguling ke sana ke mari, walaupun telah disendatkan sesendat yang mungkin.

Bakul yang kami gunakan pada dulang ini juga mempunyai penutup. Kami pastikan yang ia sentiasa berkeadaan separa tertutup dengan meletakkan 2 batang tiang di kiri dan kanan pepenjuru hadapan penutup tersebut.
6. Manisan Tradisional - Wajik

Ini pula adalah bakul yang berisi wajik sirat. Sejenis makanan tradisi yang diperbuat daripada tepung sagu dan rasanya manis - ups! sangat manis & tidak sesuai dimakan oleh pengidap diabetes..hehe.

But then, ianya masih sedap, lembut dan asli. Terasa seperti kembali ke zaman silam. :) Namun ia tetap bergantung kepada si pembuat wajik ini. Nak kena sabar dan mahir. Untuk wajik kali ini, saya beri A+ untuk mak ngah. Memang sedap! Yum, yum, yum

7. Wangian - Potpuri

Untuk wangian potpurri, kami gunakan aroma Teddy Dream, daripada jenama Teddy Scent. Kami sekeluarga memang menyukai bau ini. Ianya segar dan tahan lebih lama. Anda akan terasa seperti berada di Lovely Lace setelah menghidu aroma ini. :)

Di atas dulang ini terdapat 7 basikal emas yang mengandungi beg potpuri dan disisip dengan rapi, agar basikal ini tidak berkayuh sendiri..Ha-ha!

Ini hanyalah gambaran 1 basikal sahaja. Jika anda ingin lihat keseluruhan rekaan dulangnya, layari flick kami di sini.

===

Bajet keseluruhan : RM200 ++

(Nota: cemana boleh dapat bajet macam tu?Tak percaya? Haaa..kalau nak tahu, kena la contact saya melalui email. Tak boleh cerita kat sini. Secret!.. :)

===

Saya tidak buat semuanya seorang diri. Saya dibantu oleh 2 orang pembantu, my hubby & cik kathy @ cik joh. Seperti yang pernah saya ceritakan dulu, cik kathy ni memang terer la bab mengikat reben ni. Saya pun baru nak menuntut ilmu dari dia.

Kalau nak tengok post yang berkaitan dengan tips murah meriah design hantaran kami, boleh klik di sini.

ok, sampai di sini sahaja untuk kali ini.Jumpa Lagi! :)

Yang benar,
Amalia

p.s: Maaf kerana terpaksa mengecilkan saiz gambar untuk post kali ini. Jika anda teringin nak tengok design ini dengan lebih dekat lagi, semuanya ada di sini: http://www.flickr.com/photos/majlisimpian/

Bookmark Artikel Ini:
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Google
  • Technorati
  • Yahoo! Buzz
You can leave a response, or trackback from your own site.

16 Responses to “Gubahan Hantaran Meroon, Gold dan Krim”

  1. koala says:

    April 9th, 2009 at 8:21 am

    Bagusnya.. awk bg sy idea ape nak bagi n style gubahan utk majlis tunang jun ni… tp yg best lagi kalau ade expertise yg bleh tolong skali.. huhuhu

  2. Amalia says:

    April 9th, 2009 at 2:42 pm

    Koala,
    ajak la kawan-kawan ke, sepupu ke..yang mempunyai tangan2 magis ni..hehe
    Nak buat hantaran ni tak susah sangat.
    Tengok 1-2 contoh. Tiru sikit2. dan tambah sedikit kreativiti sendiri.
    Siaplah hantarannya..

    Good Luck! :)

  3. diyana says:

    April 13th, 2009 at 11:01 am

    i akan kawin pada hujung thn ni..boleh bgtau cmane nak wat gubahan yg cantik tapi tidak terllau mahal?? nak budgetla…

  4. Azri says:

    April 13th, 2009 at 2:28 pm

    Tips gubahan MURAH MERIAH!!!

    1. Do your own…hehehe memanglah!

    2. Recycle hantaran yang orang lain punya.
    Cth: tapak polisterin, bunga, riben, whatever…

    3. Buat simple, jangan over-do.
    Setakat bunga dan riben sudah memadai.

    4. Jumlah hantaran yang sederhana.
    Cth: 5 balas7…jangan pulak 15 balas 21…hah, pengsan laaa

    OK, that’s my personal opinion…

    Wallahualam.

  5. Rose says:

    April 22nd, 2009 at 3:59 pm

    Wslm kak, Rose ni,hrp akak pun chat…rose pnye tema kawin ujung tahun nie, ungu soft ngan silver, bleh tak kasi idea untuk warna hantaran plak?

  6. Amalia says:

    April 22nd, 2009 at 4:11 pm

    Cadangan akak, mungkin Rose boleh cuba gunakan warna Royal Purple / Dark Purple dan digabungkan dengan krim.

    Akak pernah tengok orang buat 2 colour ni. Memang class!!

  7. Стас says:

    October 12th, 2009 at 4:06 am

    На вкус и цвет… Однако мне нравится :)

  8. salwa says:

    October 30th, 2009 at 11:28 am

    Amira..mcmne awk dpt budget 200++ tu ea?boleh citer sikit?hehehe…email lah saya k?

  9. prom dresses shop says:

    November 5th, 2009 at 4:45 pm

    haha i laugh

  10. Артур М says:

    December 2nd, 2009 at 10:36 pm

    Как зарегиться на сайте? Что-то не догоняю ):

  11. nia says:

    December 11th, 2009 at 10:19 am

    bgus gk idea2 korg…tp leh tlg bg idea design gubahan hantaran pertunangan x????tema nya peach kaler…tgal 2 mggu je lg….bajet rm 300.utk 9 dulang hantaran nk bg pd pihak lelaki.tme kasih:-)

  12. handbags says:

    December 23rd, 2009 at 8:24 pm

    3. Buat simple, jangan over-do.
    Setakat bunga dan riben sudah memadai.
    4. Jumlah hantaran yang sederhana.
    Cth: 5 balas7…jangan pulak 15 balas 21…hah, pengsan laaa
    OK, that’s my personal opinion…
    Wallahualam.

  13. Anonymous says:

    January 16th, 2010 at 5:27 pm

  14. Anonymous says:

    January 19th, 2010 at 11:56 pm

  15. Anonymous says:

    January 25th, 2010 at 9:08 pm

  16. Anonymous says:

    February 8th, 2010 at 4:54 pm

Leave a Reply

Bad Behavior has blocked 89 access attempts in the last 7 days.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin