Cenderahati Mana yang Anda Paling Suka?
Thursday, December 4, 2008 10:40Saya pasti anda semua tidak pernah pergi ke majlis perkahwinan. Dalam majlis perkahwinan Melayu, sebagai tetamu pastinya anda akan menerima sedikit buah tangan / cenderahati kenang-kenangan daripada tuan rumah @ pengantin.
Jadi soalan saya, dalam banyak-banyak jenis cenderahati, yang mana satu anda paling suka?..dan kenapa?
- Bunga telur / telur yang dibungkus dengan cantik.
- Manisan (spt; gula-gula, coklat, kismis dsb.)
- Makanan ringan (spt; cupcake, muffin, fruit cake, kerepek, kuih-muih dsb.)
- Makanan berat/berkat (spt; nasi & lauk pauk)
- Hiasan rumah (spt; gelas kaca, frame dsb)
- Wangian (spt; potpuri, lilin wangi dsb)
- Hadiah yang boleh digunakan (spt; kipas, sapu tangan, towel, mug dsb)
- Hadiah yang boleh dibaca (spt; buku, yaasin, hadith 40 dsb.)
- Hadiah yang unik ~ cantik untuk disimpan sbg kenangan (spt; bunga telur yang pelik tapi cantik dsb)
- CD
cetak rompak(spt; video cerita pengantin, buku digital dsb.) - Bukan yang di atas. Sila nyatakan ………………………..
Anda boleh pilih lebih daripada satu dan anda juga boleh berikan jawapan anda sendiri (jika tiada dalam pilihan). Nyatakan juga sebab nya dalam ruangan comment di bawah.
Saya beri 1 contoh;
Saya paling suka makanan, sebab sekurang-kurangnya saya dapat makan. Berbanding kalau saya simpan saje hadiah tu (tak dapat nak dibuat apa-apa). Mula-mula memang niat di hati nak buat kenangan, tapi lama-lama buang jugak
p.s: Saya hantar post ini adalah untuk membantu anda, bakal pengantin semua. Mungkin dengan cara ini, anda boleh menilai pendapat orang lain untuk dipertimbangkan, dalam memilih cenderahati majlis perkahwinan anda.
p.p.s: Mari kita saling bantu-membantu. Tunjukkan sokongan anda dengan menghantar komen di ruangan yang telah disediakan.
Ribuan terima kasih untuk anda.
Bye!
Yang suka cenderahati,
Amalia

















liza says:
December 4th, 2008 at 4:37 pm
kalo saya suka benda yang boleh buat perhiasan…sebb mana kenduri yang saya dpt sy mesti simpan buat sebagai kenangan walaupun lame ade valuenye tersendiri..terima kasih
^-^cahya_tmur ^-^ says:
December 4th, 2008 at 4:52 pm
salam. saya suka yg no 7. supaya ia tidak membazir, bley jue wat kenangan, samping tu cenderahati tu jd lebih bermakna sebab ia boleh diguna..cam towel kecil @ sapu tangan tu kan..leh juge wat baby bib..;P
^-^cahya_tmur ^-^ says:
December 4th, 2008 at 5:02 pm
oppsss juge no 8…:)
Sharifah Nurintan Fazlina Binti Syed Mohamed says:
December 5th, 2008 at 8:04 am
Pilihan saya still bunga telur coz ia ada memori..saya boleh ingat bunga telur mana dr majlis yang mana…ia memberikan sentimental value utk saya sbbnya bunga telur nie hadiah tradisi zaman berzaman…lagipun aunty saya gunakan bunga telur recycle utk tambahkan bunga telur sedia ada…idea yg saya rasa unik..cucukkan bunga telur recycle td kt pasu besar…uih..besar impak tu…try la..
hidayah says:
December 5th, 2008 at 12:28 pm
Saya suka no7 sbb gift y diberikan dpt digunakan n ia nyer xmembazir…
Hasnuddin (Adan Cameraworks) says:
December 5th, 2008 at 2:51 pm
Thanks for the wonderful writeup.
Kalau nak gambar Nabila Nikah dan Sanding, sila ambil di http://www.fototeacher.com/blog.
Selamat berjaya!
Amalia says:
December 10th, 2008 at 4:06 pm
Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan semua..
So, setakat ini, pemenang cenderahati kita ialah :
Pilihan No 7:
Hadiah yang boleh digunakan (spt; kipas, sapu tangan, towel, mug dsb)
Psst…keputusan ini baru dibuat berdasarkan 6 komen.
Jadi, apa pula pilihan anda?
mrs nazri says:
February 28th, 2009 at 1:23 pm
klau bg saye,cenderahati tu lagi menarik sbb blh disimpan untuk kenangan..klau blh bt yg unik,lain dari yang lain msti lg menarik sbb org yg dtg ke majlis kiter tu msti ingat kn…mane tau cenderahati kiter blh jd contoh cenderahati utk perkahwinan org lain plak..
Amalia says:
March 3rd, 2009 at 10:43 pm
Betul, saya suka simpan cenderahati yang unik sahaja. Memandangkan dah terlalu banyak cenderahati yg diterima, so ada yang terpaksa diberi pada orang / disimpan dalam kotak sahaja
malyia says:
April 4th, 2009 at 11:14 pm
saya lebih suka cenderahati no 7 n 8.. lebih suka jika yaasin dan kain batik.. selain memanjangkan pahala jika digunakan, dpt juga memberi manfaat kpd org lain ~(^_^)~
Dee says:
April 8th, 2009 at 11:24 am
Salam semua, bagi saya dlm zaman gamat ni lebih sesuai dan praktikal jika diberi makanan kerana siapa yg dpt makanan tu rezeki bermakna kita memberi rezeki kpd org xkan nak buang pula rezeki tu. Maaf jika terasa, pendapat jujur saya, lebih baik diberikan makanan daripada benda-benda yg tidak berfaedah contohnya lilin, potpuri & frame serta bunga pahar / bunga telor tu. Makanan lebih praktikal sbb kalau dpt makanan org xkan buang, kalau dpt menda2 yg tidak boleh di makan samada dibuang / disimpan antara 2 tu. Terika kasih.
Amalia says:
April 9th, 2009 at 2:39 pm
Betul tu Dee, saya pun suka kalau dapat makanan. Sure tak buang! Yum, yum, yum
MPdeco says:
April 29th, 2009 at 10:28 pm
Tumpang iklan. Cenderahati Perkahwinan dan Bunga Pahar menarik di http://mpdeco.blogspot.com/
Myhantaran says:
August 3rd, 2009 at 10:12 am
Inginkan hantaran lain pada yg lain layari laman web ini… http://www.renjisrides.blogspot.com
tq