Cenderahati Mana yang Anda Paling Suka?
Posted in Persiapan Majlis Perkahwinan on 12/04/2008 10:40 am by AmaliaSaya pasti anda semua tidak pernah pergi ke majlis perkahwinan. Dalam majlis perkahwinan Melayu, sebagai tetamu pastinya anda akan menerima sedikit buah tangan / cenderahati kenang-kenangan daripada tuan rumah @ pengantin.
Jadi soalan saya, dalam banyak-banyak jenis cenderahati, yang mana satu anda paling suka?..dan kenapa?
- Bunga telur / telur yang dibungkus dengan cantik.
- Manisan (spt; gula-gula, coklat, kismis dsb.)
- Makanan ringan (spt; cupcake, muffin, fruit cake, kerepek, kuih-muih dsb.)
- Makanan berat/berkat (spt; nasi & lauk pauk)
- Hiasan rumah (spt; gelas kaca, frame dsb)
- Wangian (spt; potpuri, lilin wangi dsb)
- Hadiah yang boleh digunakan (spt; kipas, sapu tangan, towel, mug dsb)
- Hadiah yang boleh dibaca (spt; buku, yaasin, hadith 40 dsb.)
- Hadiah yang unik ~ cantik untuk disimpan sbg kenangan (spt; bunga telur yang pelik tapi cantik dsb)
- CD
cetak rompak(spt; video cerita pengantin, buku digital dsb.) - Bukan yang di atas. Sila nyatakan ………………………..
Anda boleh pilih lebih daripada satu dan anda juga boleh berikan jawapan anda sendiri (jika tiada dalam pilihan). Nyatakan juga sebab nya dalam ruangan comment di bawah.
Saya beri 1 contoh;
Saya paling suka makanan, sebab sekurang-kurangnya saya dapat makan. Berbanding kalau saya simpan saje hadiah tu (tak dapat nak dibuat apa-apa). Mula-mula memang niat di hati nak buat kenangan, tapi lama-lama buang jugak
p.s: Saya hantar post ini adalah untuk membantu anda, bakal pengantin semua. Mungkin dengan cara ini, anda boleh menilai pendapat orang lain untuk dipertimbangkan, dalam memilih cenderahati majlis perkahwinan anda.
p.p.s: Mari kita saling bantu-membantu. Tunjukkan sokongan anda dengan menghantar komen di ruangan yang telah disediakan.
Ribuan terima kasih untuk anda.
Bye!
Yang suka cenderahati,
Amalia




























